Jika mesin basuh anda masih baru, kesannya tidak ketara. Tetapi jika mesin basuh sudah berusia lebih dari 1 tahun, anda akan terkejut melihatnya. Apa lagi kalau ianya sudah bertahun tahun.
Selepas membasuh kali pertama, disarankan untuk membasuhnya setiap 3 bulan sekali bergantung kepada kekerapan anda menggunakan mesin basuh anda. Setiap pembelian adalah untuk 2 unit.
Formulasi dari Korea.
Langkah-langkah untuk kegunaan:
1) Tambah air ke paras air tertinggi mesin basuh
2) Untuk berat mesin 8kg gunakan 1 pek. Jika mesin basuh 8kg ke bawah guna separuh pek,
“On’ kan ‘Wash’ dan jalankan selama 5-10 minit untuk melarutkan serbuk sabun tadi.
3) ‘Off’ kan mesin basuh dan biarkan selama 3 jam
4) Selepas 3 jam, ‘on’kan semula dan basuh seolah-olah kita membasuh kain seperti biasa. Dicadangkan letakkan beberapa helai kain didalamnya dan biar ia membasuh secara normal.