Description
Surah Al Mulk mempunyai dua setengah mukasurat. Ia tergolong dalam surah penting atau surah pilihan yang mudah dihafal. Ia dikenali sebagai surah yang akan membantu si pengamalnya di ‘alam sana’ nanti. Teknik Chunking yang digunakan dalam CD ini adalah dengan memecahkan surah ini kepada bahagian yang lebih pendek mengikut track. Ini memudahkan pengulangan melalui audio dalam perenggan yang dipendekkan. Track 1 akan bermula dari awal hingga setengah muka. Track 2 akan mengambil 3-5 ayat dari track 1 dan diteruskan ke setengah yang kedua muka surat al Quran resam Uthmani. Cara ini memudahkan pendengar menghafal setengah mukasurat al Quran dalam jangka waktu yang ditetapkan sendiri. Ia juga dapat memastikan kesinambungan ayat itu terjaga walaupun ia telah dipecahkan. Disarankan tekat butang ‘repeat’ pada satu track sahaja hingga hafal sebelum pergi ke track seterusnya.
Track 1 – Ayat 1-5
Track 2 – Ayat 1-12
Track 3- Ayat 10-19
Track 4- Ayat 17-26
Track 5 – Ayat 24-30
Track 6 – Seluruh Ayat
MANFAAT SURAH AL MULK
———————
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Satu surah dalam Alquran (yang terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafaat (dengan izin Allah s.w.t) kepada orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan ertinya) sehingga Allah mengampuninya, (iaitu surat Al-Mulk yang bermaksud): “Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.”
(HR. Abu Dawud no. 1400, At-Tirmidzi no. 2891, Ibnu Majah no. 3786, Ahmad 2:299, dan Al-Hakim no. 2075 dan 3838, dinyatakan shahih oleh Imam Al-Hakim dan disepakati oleh Imam Adz-Dzahabi, serta dinyatakan hasan oleh imam At-Tirmidzi dan syaikh Al-Albani).