Surah Al Kahfi mempunyai hampir 12 lembaran. Ia tergolong dalam surah penting bagi mengelakkan fitnah Dajjal di akhir zaman. Teknik Chunking yang digunakan dalam CD ini adalah dengan memecahkan surah ini kepada bahagian yang lebih pendek mengikut track. Ini memudahkan pengulangan melalui audio dalam lembaran yang telah dipecahkan. Track 1 akan diulang hingga akhir lembar pertama. Track 2 akan diulang dari lembar pertama hingga ke lembar kedua. Cara ini memudahkan pendengar menghafal mengikut per lembar setiap jangka waktu yang ditetapkan sendiri. Ia juga dapat memastikan kesinambungan ayat itu terjaga walaupun ia telah dipecahkan. Audio track per lembar ini dipecahkan mengikut Al Quran resam Uthmani. Disarankan tekat butang ‘repeat’ pada satu track sahaja hingga hafal sebelum pergi ke track seterusnya.
Track 1 – Lembar 1
Track 2 – Lembar 1-2
Track 3- Lembar 2-3
Track 4- Lembar 3-4
Track 5 – Lembar 4-5
Track 6 – Lembar 5-6
Track 7- Lembar 6-7
Track 8 – Lembar 7-8
Track 9 – Lembar 8-9
Track 10- Lembar 9-10
Track 11 – Lembar 10-11
Track 12 – Lembar 11-12
MANFAAT SURAH AL KAHFI
————————
1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq.”
(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)
2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”
(Hadits riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)